Subuh menjelang tiba taktala seruan azan mendayu-dayu menusuk kalbu. Aku yang telah tersedar dari tidur bingkas bangun menuju jendela. 'Segar sungguh udara pagi ni!alhamdulillah,kerana aku masih di beri peluang untuk menghirup udara ni lagi'. Sesudah jendela di buka,aku lantas meluru ke arah kamar mandiku. 'Pagi ni aku ada temujanji dengan Azwa,jadi aku kena bersiap cepat',hati kecilku berbisik sendirian. Lantas itu aku terus melaksanakan tugas-tugasku. Setelah selesai saja solat subuh,aku bingkas bangun untuk call Azwa.'Assalamualaikum!Wa,jadi tak kita nak jumpa hari ni,Zam da siap ni'. 'Waalaikumsalam,jadi lah wak,Wa tunggu awk di tempat biasa ye'. 'Baiklah,kalau macam tu kita jumpa di sana jelah,salam'.
'Malasnya aku nak drive pagi-pagi ni,mata pun belum segar pulak tu,haduii..'. Sedang aku mengelamun,tak semena-mena aku telah disapa oleh seorang insan yang aku kenali. 'Kau nak ke mana pakai skema camni Zam',tanya wak Leh. 'Saya nak keluar gi jumpa kawan jap wak,ngape?'. 'Takda apalah,saja wak nak tanya kau',jawab wak Leh. 'Kalau camtu saya gerak dulu la wak,saya pun da lambat ni,Assalamualaikum'.
m/s 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan